2025 MarsdenLR 95
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
R E ELECTRICAL & CONSTRUCTION WORKS LWN. MENTARI PLAZA SDN BHD
[Saman Pemula No: KA-24C-3-06/2023]
A party seeking to expunge an affidavit must substantiate claims with credible evidence; the statutory right enables direct claims for payment outside privity of contract.
Headnote:(A) Court of Appeal Rules 2012 - Order 5, Order 7, Order 28, Order 69A Rules 2 and 3, Order 92 Rule 4 - Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012 - Sections 30 and 31 - Dispute regarding payment adjudication - Plaintiff sought direct payment based on adjudication decision - Defendant failed to provide evidence of payment or authority to withhold adjudicated amounts. (Paras 1, 2, 5, 10, 15)
(B) Affidavit - Grounds for expunging affidavit - The burden of proof lies with the party seeking to expunge an affidavit - Allegations must be supported by credible evidence to warrant action against an affidavit. (Paras 10, 11)
Facts of the case:
The plaintiff filed for direct payment from the defendant under the adjudication decision that mandated payment of RM255,203.51. The defendant ignored a payment notice and subsequently sought to expunge parts of the plaintiff's affidavit, claiming irrelevance and lack of authority. (Paras 1, 2, 4)
Findings of Court:
The defendant failed to prove that the affidavit was scandalous or irrelevant, with the court ruling that the plaintiff's claims were valid and within statutory rights. Therefore, the motion to expunge was dismissed. (Paras 12, 15)
Issues: Determining whether the defendant's motion to expunge the plaintiff's affidavit was justified given the claims of scandalous content, and whether privity of contract affected the plaintiff’s claim for direct payment. (Paras 16, 20)
Ratio Decidendi: The court held that the plaintiff, under the relevant statute, could claim directly from the defendant despite not being a party to the original contract, and found the defendant's claims against the affidavit were unfounded. (Paras 16, 20)
Result: Defendant's application to expunge affidavit denied with costs awarded to plaintiff. (Paras 20, 21)
| Table of Content |
|---|
| 1. filing for direct payment under adjudication. (Para 1 , 2) |
| 2. defendant's application for striking affidavit. (Para 3 , 4) |
| 3. court's decision on affidavit validity. (Para 5 , 12) |
| 4. plaintiff's right under cipaa despite non-contractual relation. (Para 16 , 17) |
[1] Plaintif telah memfailkan Saman Pemula (Kandungan 1) di bawah A 5, A 7, A 28, A 69A kk 2 dan 3, A 92 k 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai "KKM 2012") dan ss 30 dan 31 Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (selepas ini dirujuk sebagai "CIPAA 2012") untuk mendapatkan satu perintah supaya Defendan membuat pembayaran terus (direct payment) seperti yang berikut:
(a) jumlah RM255,203.51 (selepas ini dirujuk sebagai "Jumlah Adjudikasi") kepada Plaintif merujuk kepada Keputusan Adjudikasi bertarikh 20 October 2022 (selepas ini dirujuk sebagai "Keputusan Adjudikasi tersebut") oleh Adjudikator dalam prosiding adjudikasi menurut CIPAA 2012;
(b) jumlah RM3,146.34 kepada Plaintif sebagai faedah pada kadar 5% setahun ke atas Jumlah Adjudikasi daripada tarikh penyampaian Notis Adjudikasi pada 22 July 2022 sehingga tarikh Keputusan Adjudikasi pada 20 October 2022;
(c) faedah pada kadar 5% setahun ke atas Jumlah Adjudikasi daripada tarikh Keputusan Adjudikasi sehingga tarikh penyelesaian penuh Jumlah Adjudikasi;
(d) jumlah RM34,521.14 sebagai kos kepada prosiding adjudikasi;
(e) kos bagi Saman Pemula di sini dan sebarang kos lain yang timbul akibat daripada Saman Pemula ini dibayar oleh Defendan kepada Plaintif; dan
(f) apa-apa kos ataupun relief yang difikirkan patut, adil dan munasabah oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
[2] Alasan Plaintif, inter alia, adalah seperti yang berikut:
(a) Plaintif telah memulakan prosiding adjudikasi terhadap CF Jaya Construction Sdn Bhd ("Kontraktor Utama") di bawah CIPAA 2012 untuk menuntut jumlah tertunggak bagi kerja-kerja yang telah dilakukan di bawah Surat Anugerah bertarikh 18 April 2018 ("Sub-Kontrak"). Hasil daripada itu, Plaintif telah memperolehi Keputusan Adjudikasi tersebut yang memihak kepada Plaintif dan Kontraktor Utama selaku pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat perlu meremitkan jumlah tertunggak sebanyak RM255,203.51 berserta faedah dan kos kepada Plaintif;
(b) disebabkan kegagalan dan/atau keengganan Kontraktor Utama untuk membuat pembayaran yang telah diputuskan dalam Keputusan Adjudikasi tersebut kepada Plaintif, Plaintif telah mengeluarkan Notis Pembayaran Terus di bawah s 30 CIPAA 2012 kepada Defendan pada 6 March 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Notis tersebut");
(c) Defendan telah mengabaikan dan/atau gagal untuk menunjukkan sebarang bukti pembayaran dan menyatakan bahawa pembayaran terus akan dibuat selepas tamat tempoh sepuluh hari bekerja dari penerimaan Notis tersebut;
(d) dalam keadaan sedemikian, Defendan adalah diperlukan untuk membayar jumlah adjudikasi kepada pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya, iaitu Plaintif dalam tindakan ini;
(e) Plaintif mempunyai alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat jumlah tertunggak yang perlu dibayar dan kena dibayar oleh Defendan kepada Kontraktor Utama; dan
(f) oleh itu, Plaintif telah membuat permohonan di sini di bawah s 30 CIPAA 2012 untuk meminta Defendan untuk membuat bayaran terus kepada Plaintif bagi memenuhi Keputusan Adjudikasi tersebut.
[3] Pada 6 September 2023, Defendan telah memfailkan Notis Permohonan (Kandungan 10) menurut A 41 k 6 KKM 2012 dan/atau A 92 k 4 KKM untuk mendapatkan perintah seperti yang berikut:
(a) bahawa Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Low Kam Yoong pada 29 August 2023 (Kandungan 7) dibatalkan dan/atau dipadamkan (expunge) secara keseluruhan; atau
(b) secara alternatifnya, perenggan-perenggan 11(c) dan (f), 13(b) dan (c), 14(d), 15, 16(a), 17(b) dan (d), 18 (a), (c) dan (d), 20, 22(g) dan (i) serta 23(d) dalam Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Low Kam Yoong pada 29 August 2023 (Kandungan 7) dibatalkan dan/atau dipadamk