2025 MarsdenLR 4835
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TAIPING
AZIZAH HARUN & YANG LAIN LWN. JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN DAN YANG LAIN
[Saman Pemula No: AB-24NCVC-294-10/2024]
The court affirmed that previous decisions regarding estate distribution must be respected, and failure to include all heirs in proceedings renders transfers invalid under property laws.
Headnote:(A) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995 - Seksyen 13; Kanun Tanah Negara - Seksyen 340 - Permohonan untuk pembatalan Surat Kuasa Mentadbir ditolak; Mahkamah memutuskan bahawa pemilikan harta pusaka yang didaftarkan adalah tidak sah dan tidak bisa disangkal kerana melanggar perintah mahkamah terdahulu. (Paras 16 - 46)
(B) Res Judicata - Isu yang dibangkitkan oleh plaintif telah dibicarakan dan diputuskan sebelum ini dan tidak boleh diulang. (Paras 35 - 44)
Facts of the case:
Plaintif-pemohon adalah cucu arwah yang memohon pembatalan Surat Kuasa Mentadbir dan pengesahan hak pemilikan harta yang ditinggalkan oleh arwah. Defendan mempunyai perintah mahkamah yang mengesahkan pembahagian yang berlawanan dengan tuntutan plaintif.
Findings of Court:
Mahkamah mendapati proses pembahagian harta yang sebelumnya tidak melibatkan semua waris adalah tidak sah dan berpegang pada prinsip kurang adil, oleh itu, plaintif tidak boleh mendapat hak milik yang tidak bisa disangkal.
Issues: Sama ada pemilikan dan pendaftaran harta pusaka adalah sah; sama ada perintah yang mengesahkan pembahagian harta menjadikan plaintif terhalang oleh prinsip res judicata.
Ratio Decidendi: Pindahmilik kepada Halijah Binti Hassan dianggap cacat kerana tidak memperolehi persetujuan semua waris ketika perbicaraan harta pusaka. Perintah terdahulu menjadikan pendaftaran harta pusaka tidak sah. Oleh itu, plaintif dihujahkan tiada hak untuk menuntut harta tersebut lagi.
Result: Permohonan plaintif ditolak dengan kos.
| Table of Content |
|---|
| 1. refusal of plaintiff's application. (Para 1 , 2) |
| 2. details of the estate distribution. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9) |
| 3. history of legal challenges to title. (Para 10 , 11 , 12 , 13) |
| 4. plaintiffs assert rightful ownership. (Para 14 , 15) |
| 5. plaintiffs' arguments regarding legitimacy. (Para 16 , 17 , 18 , 19) |
| 6. court opinions on conflicting claims. (Para 20 , 21 , 22 , 23) |
| 7. court analysis of procedural fairness. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28) |
| 8. assessment of administrative actions. (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33) |
| 9. res judicata concept applied. (Para 34 , 35 , 36) |
| 10. consequences of disregarding court orders. (Para 37 , 38 , 39 , 40) |
| 11. finality of judicial decisions. (Para 41 , 42 , 43) |
| 12. proceedings encouraged to finalize estate distribution. (Para 44 , 45) |
Pengenalan
[1] Rayuan ini adalah berkenaan keputusan Mahkamah ini apabila menolak permohonan Plaintif-Plaintif di dalam Lampiran 10 iaitu Saman Pemula Terpinda bertarikh 27 Disember 2024 yang difailkan dengan kebenaran Mahkamah. Lampiran 1 telah difailkan pada 17 Oktober 2024 dan permohonan pindaan difailkan (Lampiran 6) pada 16 Disember 2024 untuk memasukkan perenggan No 2 di mana tiada bantahan oleh pihak Responden- Responden terhadap pindaan tersebut. Pendengaran Lampiran 10 dijalankan pada 12 Mac 2025. Pada 17 April 2025, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut dengan kos. Alasan Penghakiman ini mengandungi sebab-sebab penolakan permohonan tersebut. Pihak-pihak dirujuk seperti semasa di Mahkamah Tinggi.
Latarbelakang
[2] Plaintif-Plaintif telah memohon perkara-perkara yang berikut di dalam Lampiran 10:
1. Suatu perintah bahawa Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah s 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995 bertarikh 8 Januari 2024 bagi Hassan bin Lebai Salleh, si mati, berkait dengan hartanah- hartanah G.M 530, Lot 917 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) dan G.M 396, Lot 763 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) adalah terbatal;
2. Suatu perintah susulan bahawa tanah-tanah yang dinyatakan di dalam perintah (1) hendaklah didaftarkan semula oleh Pentadbir Tanah / Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian kepada Plaintif-Plaintif sebagai pemilik tanah yang sah;
3. Satu perintah bahawa (GM 530, Lot 917 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) dan GM 396, Lot 763 Mukim Pengkalan Aor Larut Matang (1/2 bahagian) adalah milik penuh Plaintif-Plaintif berdasarkan kedudukan s 340 Kanun Tanah Negara atas doktrin "Indefeasibility of title";
4. Satu perintah bahawa penurunan dan/atau pindah hakmilik tanah melalui dasar kasih sayang dari Ibu kepada Anak-anak adalah sah;
5. Kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan;
6. Lain-lain relif yang difikirkan wajar dan adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Kertas Kausa
[3] Kertas-kertas kausa bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a. Saman Pemula Terpinda (Lampiran 10) bertarikh 27 Disember 2024 bagi meminda Saman Pemula (Lampiran 1) bertarikh 17 Oktober 2024;
b. Afidavit Sokongan Plaintif (Lampiran 2) yang diikrarkan oleh Plaintif Kedua bertarikh 17 Oktober 2024;
c. Afidavit Jawapan Defendan Kedua (Lampiran 4) bertarikh 18 November 2024;
d. Afidavit Jawapan Defendan Ketiga (Lampiran 11) bertarikh 3 Februari 2025;
e. Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Lampiran 12) bertarikh 24 Februari 2025; dan
f. Afidavit Balasan Plaintif (Lampiran 13, 14 & 15) diikrarkan oleh Plaintif Kedua bertarikh 4 Mac 2025.
Nota: Hujahan Bertulis difailkan oleh pihak-pihak kecuali Defendan Kedua.
Fakta Dan Kronologi Kes
[4] Latarbelakang dan fakta kes ini boleh didapati daripada Afidavit- Afidavit yang difailkan. Tindakan Saman Pemula ini melibatkan Guaman Pembahagian No. JKPTG/PK/08/04/71/2005 ("guaman tersebut") bagi si mati bernama Hassan bin Lebai Salleh yang meninggal dunia pada 26 Jun 1941 (selepas ini dirujuk sebagai "Si Mati"). Arwah Si Mati telah meninggalkan lot-lot tanah termasuk Lot GM 396, Lot 763, dan GM 530, Lot 917, Mukim Pengkalan Aor, Daerah Larut Matang,