1. Former shareholder and director sued company over share transfers and alleged fraud; suit struck out. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 )
2026 MarsdenLR 1869
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
MOHAMAD HALDAR ABDUL AZIZ, J
MOHD FAIZAL BARAKATH ABDUL HAMID – Appellant
Versus
SECURITY SERVICES SDN BHD & YANG LAIN – Respondent
[Guaman Sivil No: NA-22NCvC-68-10/2025]
Legal Category Hierarchy
- practice and procedure
- limitation of actions
- company law
Table of Contents
2. Plaintiff alleged fraud and conspiracy; Defendants argued no locus standi, limitation, and insufficient pleading of fraud. (Para 1 , 2 )
3. Court found Plaintiff lacked locus standi, claim time-barred, and fraud not specifically pleaded. (Para 11 , 12 , 14 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 )
4. A former shareholder/director who voluntarily disposed of shares has no locus standi; fraud must be specifically pleaded to postpone limitation. (Para 11 , 12 , 14 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 )
5. Application to strike out suit allowed with costs; suit struck out. (Para 30 )
6. What is the locus standi requirement for a former shareholder/director to sue a company?
A former shareholder/director who voluntarily disposed of all shares and resigned has no locus standi; they are a stranger to internal affairs. (Para 11 , 12 , 14 , 15 , 16 , 17 )
7. When does the limitation period bar a claim for share transfers?
Under section 6(1) Limitation Act, actions founded on contract or tort must be brought within six years from accrual; here, claim was time-barred. (Para 18 , 19 , 20 , 21 )
8. What are the pleading requirements for fraud in civil proceedings?
Fraud must be specifically pleaded with particulars of who, when, where, and how; general allegations are insufficient. (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29 )
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
Notis Permohonan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga Dan Keenam (Lampiran - 13)
[1] Di dalam Lampiran - 13, Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam memohon kepada Mahkamah di bawah A 18 k 19(1)(a), (b) dan (d) dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah yang berikut:
(a) Suatu Perintah membenarkan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam memfailkan Notis Permohonan ini;
(b) Suatu Perintah menggantung prosiding tindakan ('stay of proceeding") ini terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam sehingga Notis Permohonan ini dilupuskan oleh Mahkamah;
(c) Suatu Perintah membatalkan Writ Saman Terpinda yang bertarikh 15 Oktober 2025 (Lampiran - 4) dan Penyataan Tuntutan yang bertarikh 3 Oktober 2025 (Lampiran - 3) terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam selaras A 18 k 19(1)(a), (b) & (d) dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
(d) Sekiranya pembatalan tindakan selaras perkara 3 di atas tidak dibenarkan, suatu Perintah membenarkan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam memfailkan Penyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas dalam masa empat belas (14) dari tarikh Penghakiman permohonan ini,
(e) Kos ditanggung oleh Plaintif, dan
(f) Lain-lain relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
[2] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Defendan-Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam dalam notis permohonan di bawah Lampiran - 13 ini adalah seperti berikut:
(a) Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan ("cause of action") terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam;
(b) Plaintif tidak mempunyai ("locus standi') untuk mengambil tindakan ini terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam memandangkan Plaintif bukan merupakan Pemegang Saham atau Pengarah Syarikat Defendan Pertama;
(c) Walaupun Plaintif mempunyai kausa tindakan atau "locus standi" (yang dinafikan), alegasi kausa tindakan Plaintif termasuk pindah milik saham secara salah dan penipuan yang diplidkan oleh Plaintif telah dihadkan oleh ss 6 dan 29 Akta Had Masa 1953;
(d) Plaintif membangkitkan alegasi-alegasi kejadian yang berlaku pada tahun 2009 iaitu 16 tahun terdahulu, maka, Plaintif telah tidur terhadap haknya dan "Doctrine of Laches" terpakai;
(e) Plaintif telah gagal untuk memplidkan fakta material terperinci mengenai alegasi penipuan atau konspirasi terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam, malah hanya sekadar memplidkan penipuan secara am ("mere and general allegations of fraud");
(f) Alegasi Plaintif mengenai Dividen Syarikat Defendan Pertama adalah tidak berasas kerana Syarikat Defendan Pertama tidak pernah mengisytiharkan dividen kepada Pemegang Saham;
(g) Tindakan Plaintif adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan kerana tiada fakta material diplidkan untuk menyokong tindakan Plaintif ("unfounded claims").
(h) Tindakan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Plaintif telah memindahmilik saham dan meletakkan jawatan daripada Syarikat Defendan Pertama di mana Plaintif mempunyai pengetahuan penuh dan tindakan Plaintif adalah berasaskan kepada suatu tindakan pemikiran kemudian ("Afterthought") dan cubaan untuk mendapatkan kekayaan yang tidak adil ("unjust enrichment");
(i) Tindakan Plaintif perlu digantungkan sehingga pelupusan permohonan ini untuk kerana tindakan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah ("no reasonable cause of action") dan dihadkan oleh Akta Had Masa 1953, maka tindakan Plaintif boleh dilupuskan tanpa keperluan untuk bicara;
[3] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam permohonan ini berserta hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua belah pihak iaitu Plaintif dan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam kepada Mahkamah, maka pada 22 April 2026, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keenam di bawah Lampiran - 13 dengan kos sebanyak RM8,000.00 kepada Defe