SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 6087

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
RAJENDRAN KRISHNAN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: BA-41S(A)-2-05/2024]



Petitioner Advocates:Raveentharan Subramaniam ,Respondent Advocate: Mohd Firdaous Mohamed Idris

Pertuduhan yang tidak memasukkan elemen penting boleh dianggap cacat dan menghalang keadilan, membenarkan pembebasan tertuduh.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 186 dan 323 - Akta Kesalahan Kecil 1955 - Seksyen 14 - Pertuduhan terhadap OKT berhubung dengan ugutan, kecederaan, dan menghalang penjawat awam - Majistret memutuskan OKT dilepas dan dibebaskan bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tetapi disabitkan bagi pertuduhan keempat dan kelima, dengan hukuman denda RM8000 dan RM100 - Rayuan OKT diterima bagi pertuduhan keempat, mendapati pertuduhan cacat kerana tidak memasukkan elemen penting - Rayuan pendakwaan ditolak. (Paras 3, 4, 56)

Facts of the case:
OKT dituduh dengan lima pertuduhan yang melibatkan ugutan, kecederaan, dan menghalang penjawat awam. Majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi beberapa pertuduhan, tetapi berjaya untuk yang lain.

Findings of Court:
Majistret mendapati OKT bersalah untuk pertuduhan keempat dan kelima, dengan hukuman denda yang dikenakan. Namun, rayuan OKT diterima setelah mendapati terdapat kecacatan dalam pertuduhan keempat.

Issues: Adakah terdapat kecacatan pada pertuduhan keempat yang menghalang keadilan kepada OKT? Adakah elemen kedua pertuduhan di bawah s 186 KK dimasukkan?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa terdapat kecacatan dalam pertuduhan keempat kerana elemen penting tidak dimasukkan, yang menyebabkan prejudis kepada OKT. Majistret tidak membuat dapatan mengenai elemen tersebut.

Result: Rayuan OKT terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan di bawah s 186 KK dibenarkan. OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Keputusan Majistret diketepikan.

[1] OKT, Rajendran a/l Krishnan (perayu) telah dituduh dengan lima (5) pertuduhan. Pihak-pihak di dalam rayuan ini akan dirujuk sepertimana di hadapan Majistret.

[2] Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut:

No. kes: BH-82-8-09/2020 - Pertuduhan Pertama (P1)

Bahawa kamu pada 1 Ogos 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di A-15-07, MKH Boulevard, Jalan Changkat, Kajang, Selangor di dalam daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Pamella Matthews hendak membunuhnya dengan niat hendak menyebabkan rasa bimbang akan berlaku kematian atau kecederaan ke atasnya. oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 506 Kanun Keseksaan . Kajang/23508/20. Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan Kedua (P2)

Bahawa kamu pada 1 Ogos 2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di a-15-07, MKH Boulevard, Jalan Changkat, Kajang, Selangor di dalam Daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Pamella Matthews KP:900707-06-5486 dengan memulas tangan, memukul tangan kanan dan menampar pipi. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 323 Kanun Keseksaan . Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pertuduhan Ketiga (Selepas Dipinda) (P3)

Bahawa kamu pada 7 Ogos 2020 jam lebih kurang 5.00 pagi bertempat di Jabatan Kecemasan Hospital Kajang, Jalan Semenyih, Bandar Kajang dalam Daerah Hulu Langat Negeri Selangor telah dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu dalam menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam apabila kamu gagal beri kerjasama bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 186 Kanun Keseksaan . Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-duanya.

No. kes: BH-82-9-09/2020 -Pertuduhan keempat (selepas dipinda) (P4) [Ekshibit P-27]

Bahawa kamu pada 7 Ogos 2020 jam lebih kurang 4.20 pagi bertempat di perkarangan Balai Polis Kajang, Jalan Cheras, Bandar Kajang di Dalam Daerah Hulu Langat Negeri Selangor telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu Insp Kunaalan A/L Udiasoorian G/22390 dalam menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam semasa membuat tangkapan terhadap kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 186 Kanun Keseksaan .

Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-duanya.

Pertuduhan Kelima (P5)

Bahawa kamu pada 7 Ogos 2020 jam lebih kurang 4.20 pagi bertempat di pejabat Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, Selangor Di dalam Daerah Hulu Langat, Dalam Negeri Selangor telah didapati menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan 'fuck u, pukimak kau, sial, babi cilaka kamu semua, memang celaka korang semua, babi la korang, memang anak sundal, pegi mampos kamu semua, siap kamu semua, aku kenal orang atasan, aku ingat kamu semua, takda sorang pun akan selamat woi, korang nak tangkap aku atas seksyen apa ha, sekarang kamu tahu tak kamu telah melakukan kesalahan, kamu tak bagi aku bergerak bebas maknanya kamu telah mengurung aku dengan salah, kamu tau tak sekarang aku nak keluar dari sini, korang tak bagi aku keluar maknanya kamu semua yang salah, soi sial dengar tak' terhadap Insp Kunaalan A/L Udiasoorian G/22390 melalui ungkapan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top