SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 2075

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
MAHIADDIN MD YASIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: WA-44-38-04/2023]



Petitioner Advocates:Hisyam Teh Poh Teik,M Kumaraendran,Rosli Dahlan,Amer Hamzah Arshad,Chetan Jethwani,Dev Kumaraendran,Low Wei Loke,Kee Wei Lon,Teh See Khoon,Siti Sumayyah Jaafar,Joshua Tay ,Respondent Advocate: Wan Shahruddin Wan Ladin,Ahmad Akram Gharib,Nor Asma Ahmad,Noralis Mat,Poh Yih Tinn,Zander Lim Wai Keong

Pertuduhan di bawah s 23(1) Akta SPRM yang tidak mendedahkan kesalahan adalah cacat dan tidak sah, membenarkan mahkamah menggunakan kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 23(1) dan 24(1) - Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 152, 153 dan 154 - Permohonan untuk mengetepikan pertuduhan - Pertuduhan cacat dan tidak mendedahkan kesalahan di bawah s 23(1) Akta SPRM - Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan. (Paras 25, 30, 63, 111, 114)

(B) Inherent Jurisdiction of the Court - Kuasa sedia ada hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan luar biasa untuk mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah dan salah laksana keadilan. (Paras 14, 17, 111)

(C) Definisi 'sekutu' di bawah s 3 Akta SPRM - Pemohon menegaskan bahawa pertuduhan tidak mendedahkan kesalahan kerana PPBM tidak boleh ditakrifkan sebagai sekutu. (Paras 24, 60, 63)

(D) Butir-butir dalam pertuduhan - Pertuduhan tidak menyatakan cara kesalahan dilakukan, melanggar keperluan mandatori di bawah s 154 KTJ. (Paras 66, 108)

Table of Content
1. application for relief from charges (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. factual background of charges (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
3. court's inherent powers to quash charges (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19)
4. limitations of inherent powers of the court (Para 20 , 21 , 22 , 23)
5. details of the charges against the applicant (Para 24)
6. court's analysis of parties' arguments (Para 25 , 26 , 27 , 28)
7. arguments regarding the sufficiency of charges (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35)
8. arguments on particulars of the charges (Para 66 , 67 , 68 , 69 , 70 , 71 , 72 , 73 , 74)
9. conclusion and order of the court (Para 110 , 111 , 112 , 113)
Muhammad Jamil Hussin H:

Pendahuluan

[1] Pemohon Mahiaddin Md Yasin, mantan Perdana Menteri Malaysia melalui notis usul bertarikh 18 April 2023 (Kand 1) memohon perintah- perintah berikut:

1. bahawa empat pertuduhan di bawah s 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta SPRM) dalam kes no WA- 61R-5-03/2023 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diketepikan atau dibatalkan; dan

2. bahawa dia dilepaskan dan dibebaskan dari empat pertuduhan tersebut; atau

3. bahawa secara alternatif, empat pertuduhan tersebut dan prosiding jenayah dalam kes tersebut digantung secara kekal.

[2] Pemohon mengikrarkan suatu afidavit sokongan (Kand 2) bagi menyokong permohonannya.

[3] Responden memfailkan suatu afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Lim Wai Keong (Kand 4) menentang permohonan pemohon.

[4] Pemohon mengikrarkan suatu afidavit balasan (Kand 8) kepada afidavit jawapan responden.

Asas Permohonan Pemohon

[5] Asas permohonan pemohon ialah empat pertuduhan tersebut cacat dan tidak sah di sisi undang-undang (defective and bad in law).

[6] Pemohon bersandarkan kepada dua alasan berlkut:

i. bercanggahan dengan s 152 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) empat pertuduhan tersebut tidak mendedahkan suatu kesalahan di bawah s 23(1) Akta SPRM; dan

ii. bercanggahan dengan s 154 KTJ empat pertuduhan tersebut kekurangan dalam butir-butir.

Latar Belakang Fakta

[7] Pada 10 Mac 2023 pemohon dituduh di Mahkamah Sesyen 9 Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan di bawah s 23(1) Akta SPRM.

[8] Pemohon minta dibicarakan atas empat pertuduhan tersebut.

[9] Pada tarikh sama pemohon dituduh di Mahkamah Sesyen 14 Kuala Lumpur dengan dua pertuduhan di bawah s 4(1)(b) dibaca bersama s 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).

[10] Pemohon minta dibicarakan atas dua pertuduhan tersebut.

[11] Pada 13 Mac 2023 pemohon dituduh di Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Selangor dengan satu pertuduhan di bawah s 4(1)(b) dibaca bersama s 87(1) AMLATFPUA.

[12] Pemohon minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

[13] Di atas permohonan responden, Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Selangor memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kuasa Sedia Ada Mahkamah

[14] Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa sedia ada untuk mengenepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal.

[15] Dalam Ahmad Zubair Murshid v. PP 2014 MarsdenLR 2132 ; [2014] 6 MLJ 831; ; [2015] 1 AMR 105 Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:

[25] In the present case both the High Court and the Court of Appeal held that the High Court has inherent power to set aside and quash or stay the charges permanently against the appellant. Historically the doctrine of inherent power which allowed the High Court to prevent an oppressive and mala fide prosecution, abuse of process and to do wrong in the administration of justice has its origin in the English common law. Such doctrine can be traced in the following cases:

(a) Metropolitan Bank Ltd & Anor v. Poolev [1881-1885] All ER Rep 949, where it was held:

There is an inherent power in every Court of justice to stay a manifestly vexatious suit and to prevent vexatious suit and so protect itself from an abuse of its procedure...

(b) In Connelly v. Deputy Public Prosecutor [1964] 2 All ER 401 at p 409, Lord

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top