MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
NORRIHA ABDUL RAHMAN LWN. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: DA-25-8-09-2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application initiated. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17) |
| 2. judicial review focuses on decision-making process. (Para 18 , 19) |
| 3. primary issues raised by both parties. (Para 20 , 21) |
| 4. failure to appeal indicates procedural defects. (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30) |
| 5. legal precedence on exhaustion of statutory remedies. (Para 31 , 32) |
| 6. full and frank disclosure required in applications. (Para 37 , 46) |
| 7. court expects complete knowledge of relevant facts. (Para 38 , 39) |
| 8. delay in promotion not constitutive of entitlement. (Para 49 , 50 , 51 , 54 , 60 , 67 , 69) |
| 9. court limits review to legal, not factual assessments. (Para 71 , 72 , 80) |
| 10. procedural fairness assessed according to timeliness. (Para 81 , 82 , 86) |
| 11. recovery of overpayments permissible under law. (Para 87 , 88 , 89 , 90 , 91 , 94) |
[1] Ini adalah merupakan satu Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Pemohon di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
[2] Relif-relif yang dipohon oleh Pemohon adalah seperti berikut:
(a) suatu perintah deklarasi untuk mengisytiharkan bahawa:
(i) kenaikan pangkat Pemohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (selepas ini dirujuk sebagai "PPP") dari Gred 48 ke Gred 52 sepatutnya dilakukan semenjak dan/atau seawal 1 Januari 2017;
(ii) kenaikan pangkat Pemohon sebagai PPP dari Gred 48 ke Gred 52 telah dilewatkan dan/atau dinafikan selama 4 tahun;
(b) suatu perintah mandamus diberikan kepada Pemohon mengarahkan Responden-Responden untuk meminda tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat Pemohon ke Gred 52 Khas Untuk Penyandang (selepas ini dirujuk sebagai "KUP") secara "Time-Based" berasaskan kecemerlangan daripada 28 Januari 2021 kepada 1 Januari 2017;
(c) suatu perintah certiorari untuk membatalkan surat bertarikh 19 Jun 2022 daripada Pejabat Pendidikan Daerah yang mana telah mengarahkan Pemohon untuk menjelaskan bayaran balik emolumen yang terlebih bayar mulai 29 Januari 2020 sehingga 28 Februari 2022, iaitu elaun pemangkuan dan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) sebanyak RM8,543.86;
(d) seterusnya suatu perintah ganti rugi yang Pemohon telah tanggung selama Pemohon telah dilewatkan dan/atau dinafikan hak selama empat tahun untuk dinaikkan pangkat sebagai PPP dan Gred 48 ke Gred 52; dan
(e) semua gaji, pembayaran elaun Pengetua dan elaun pemangkuan dan semua faedah dan emolumen lain pada PPP Gred 52 dibayar kepada Pemohon dalam masa 30 hari dan tarikh perintah dibuat.
[3] Kebenaran bagi permohonan ini sepertimana yang diperuntukkan di bawah A 54 k 3 KKM 2012 telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 15 Disember 2022.
Fakta Kes
[4] Pemohon adalah merupakan seorang guru yang memulakan perkhidmatan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah pada 16 Ogos 1990 di Sekolah Kebangsaan Ketereh sebelum dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada 1 September 1990. Pemohon disahkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bergred DG3 pada 1 September 1993. Sejak itu bermulalah sejarah perkhidmatan Pemohon sebagai seorang guru.
[5] Pemohon kemudiannya telah menerima opsyen Sistem Saraan Malaysia pada 1 November 2002 yang telah menyebabkan gred DG3 telah ditukarkan ke DG41. Pada 1 Januari 2006, Pemohon telah dinaikkan pangkat ke DG44 secara Khas Untuk Penyandang dan selanjutnya pada 1 Januari 2012 Pemohon telah dinaikkan pangkat ke DG48 juga secara Khas Untuk Penyandang.
[6] Pada 1 November 2015, Pemohon telah dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan ditempatkan sebagai Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan.
[7] Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chadi, satu aduan berkaitan Pemohon telah diterima oleh Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aduan adalah berkaitan penyediaan dokumen atau maklumat palsu serta kegagalan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 5 waktu seminggu serta mengarahkan kakitangan sokongan untuk mengetik kad perakam waktu Pemohon.
[8] Aduan tersebu
Wira Swire Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Peguam Negara Malaysia v. Chin Chee Kow & Another Appeal
T Ganeswaran lwn. Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & Satu Lagi
Robin Tan Pang Heng v. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia & Anor
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v. Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor
Majlis Perubatan Malaysia & Anor v. Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.