SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4522

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. TAN KOK LONG
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45A-90-08/2021]



Petitioner Advocates:Mohamed Heikal Ismail ,Respondent Advocate: Dato' Rosal Azimin Ahmad,Mohd Anif Rafi

Pendakwaan mesti membuktikan setiap elemen kes prima facie tanpa keraguan munasabah untuk menyokong tuduhan pengedaran dadah.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 39B(2) - Izin mendakwa diberikan untuk tuduhan pengedaran dadah methamphetamine - Tertuduh dituduh mengedar 4,181.5 gram dadah pada 6 Ogos 2020 di tempat awam - Kes prima facie ditentukan oleh empat elemen yang perlu dibuktikan - Mahkamah mendapati terdapat keraguan berkenaan jumlah dan identiti barang kes - Terdapat ketidakpastian berkaitan milikan dan niat serta pengetahuan tertuduh terhadap kandungan dadah yang dirampas. (Paras 1, 4, 5, 9, 60-86) Fakta Kes Pendakwaan: Tertuduh ditangkap di tempat parkir, didapati bersama barang kes dadah dalam kenderaan yang disewa. Tiga individu lain ditahan, tetapi hanya Tertuduh dituduh - Bukti mengenai proses rampasan barang kes dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan.

Findings of Court:
Terdapat keraguan dan kelompangan terhadap barang kes, termasuk percanggahan antara jumlah bungkusan yang dirampas, menunjukkan ketidakpatasan dalam rantaian bukti. Isu: Memastikan empat elemen untuk kes prima facie dibuktikan: 1) dadah berbahaya 2) milikan 3) pengetahuan, dan 4) niat untuk mengedar.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kerana adanya keraguan terhadap jumlah dan identiti barang kes serta kegagalan dalam memanggil saksi material, yang menyebabkan kelompangan dalam kes.

Result: Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari semua pertuduhan tanpa perlu membela diri.

Table of Content
1. defendant charged under drug distribution law (Para 1 , 2 , 3)
2. details of drug seizure and evidence gathered (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
3. prosecution outlines essential elements of offense (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
4. prosecution's argument on possession and knowledge (Para 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31)
5. prosecution fails to establish intent to distribute (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37)
6. defense highlights prosecution's failures in evidence (Para 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50 , 51 , 52 , 53 , 54 , 55 , 56 , 57 , 58)
7. court's analysis on evidence inconsistencies (Para 60 , 61 , 62 , 63 , 64 , 65)
8. significance of witness testimonies and evidence gaps (Para 66 , 67 , 68 , 69 , 70)
Latifah Mohd Tahar H:

Pengenalan

[1] Dalam kes ini, izin mendakwa telah diberikan di bawah s 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB") (ekshibit P1), tertuduh telah dituduh atas kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB") kerana disyaki mengedar dadah methamphetamine sebanyak 4,181.5gram. Menurut kertas pertuduhan (ekshibit P2), ia menyatakan seperti berikut:

"BAHAWA KAMU PADA 6 OGOS 2020, JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG BERTEMPAT DI TEMPAT PARKIR KENDERAAN PASARAYA GIANT BATU CAVES, DI DALAM DAERAH GOMBAK, DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIDAPATI MEMPEREDARKAN DADAH BERBAHAYA IAITU METHAMPHETAMINE SEBERAT 4,181.5 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA.

[2] Pertuduhan telah dibacakan kepada tertuduh dalam Bahasa Mandarin dan Tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan sebanyak 8 orang saksi:

• SP1 - Jurufoto

• SP2 - Pengadu / Pegawai Serbuan

• SP3 - Ahli Kimia

• SP4 - Pengurus Giant Hypermarket

• SP5 - Jurustor

• SP6-SOCAR

• SP7 - Pegawai Penyiasat

• SP8 - Penyewa SOCAR

[3] Di peringkat ini, Mahkamah dikehendaki membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh.

Fakta Kes Pendakwaan

[4] Bertindak atas maklumat risikan dadah, pada 6 Ogos 2020, bertempat di pakir kenderaan Pasaraya Giant Batu Caves, Gombak, Selangor, Pengadu (SP2) dan pasukan telah membuat pemerhatian terhadap kawasan tersebut. Semasa pemerhatian, sebuah kereta Mercedes Benz warna putih (VEH 9142) dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan Cina telah datang ke tempat kejadian dan diikuti ketibaan Tertuduh menaiki Mazda CX5 (No Pendaftaran VDA 6117).

[5] Tertuduh kemudianya meletakkan kenderaan beliau dihadapan Mercedes Benz tadi dan Tertuduh telah keluar dari kenderaannya dan terus pergi ke belakang kereta beliau lalu membuka bonet serta mengambil (1) bag plastik warna merah dan terus berjalan ke arah Mercedes Benz sambil menjinjit plastk merah tersebut dengan tangan kanannya.

[6] SP2 kemudianya dapati saspek lelaki dan Tertuduh berkomunikasi dan arahkan pasukan terus serbu kearah semua saspek ditempat kejadian tersebut. SP2 memperkenalkan diri sebagai polis kepada ketiga- tiga individu tersebut. Tertuduh didapati cuba untuk melarikan diri sambil melepaskan satu bag plastik warna merah di atas jalan dan dikatakan berlaku pergelutan semasa tangkapan terhadap Tertuduh. Manakala saspek lelaki dan perempuan berjaya ditahan di dalam kereta Mercedes Benz.

[7] SP2 telah membuat pemeriksaan ke atas bag plastik warna merah yang dilepaskan oleh Tertuduh semasa kejadian. Di hadapan saksi-saksi polis dan ketiga-tiga saspek dapati di dalamnya mengandungi 1 bungkusan plastic bertulis GUANYINWANG berisi 1 paket plastic lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah syabu (A/B: 1018 gram).

[8] Pemeriksaan badan terhadap saspek lelaki dan perempuan serta kereta Mercedes tidak menjumpai sebarang barang salah.

[9] Seterusnya SP2 bersama pasukan telah bawa kesemua saspek ke bahagian bonet belakang kereta jenis Mazda CX5 no pe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top