2025 MarsdenLR 2465
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MUHAMAD HAZWAN MD ZAINI LWN. SUGUMARAN EGHAMPARAM
[Rayuan Sivil No: JA-12B-79-10/2022]
Important Points
Subject
Personal Injury - Negligence
Headnote
(B) Appeal Principles - Court of Appeal operates cautiously regarding trial court findings, intervening only if the decision is clearly erroneous, demonstrates insufficient appreciation of evidence, or misapplies legal principles. (Paras 7, 48)
Facts of the case:
The Plaintiff's motorcycle was involved in an accident with the Defendant's vehicle, resulting in significant injuries. The trial court found the Plaintiff failed to establish Defendant's negligence. (Paras 4, 21)
Findings of Court:
The Court upheld the trial court's dismissal of the Plaintiff's claim, reaffirming the merits of the evidence presented. (Paras 26, 49)
Issues: The main issues were the establishment of liability for the accident and the assessment of damages related to injuries suffered by the Plaintiff.
Ratio Decidendi: The court emphasized the burden on the Plaintiff to demonstrate Defendant's negligence and the evidentiary standards for establishing liability in conflicting accounts of an accident.
Result: Plaintiff's appeal dismissed, and Defendant's counter-appeal on damages upheld.
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. analysis on quantum and claims (Para 7 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 , 47) |
| 3. plaintiffs' burden of proof and liability issues (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
| 4. conclusion and order of the court (Para 48 , 49) |
Mukadimah
[1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini.
[2] Ini adalah rayuan Plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") pada 20 Oktober 2022 yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos. Rayuan Plaintif adalah berkaitan dengan liabiliti dan kuantum gantirugi yang melibatkan beberapa kecederaan tertentu yang dialami oleh Plaintif serta pendapatan masa hadapan di samping rawatan pada masa hadapan.
[3] Pada masa yang sama Defendan juga telah memfailkan rayuan balas bagi kuantum gantirugi yang berkaitan dengan ankle foot orthosis.
[4] Sebagai latar belakang, pada 19 Mei 2019 jam 11.20 malam, suatu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan sebuah motosikal No. Pendaftaran JNT 2071 yang ditunggang oleh Plaintif dengan kereta No Pendaftaran JRB 6721 yang dipandu oleh Defendan di KM 26 Lebuhraya Pasir Gudang, Seri Alam, Johor Bahru. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan yang teruk.
[5] Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen, 9 orang saksi termasuk Plaintif sendiri telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif manakala Defendan sendiri memberi keterangan bagi pihaknya.
[6] Setelah perbicaraan, HMS memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan liabiliti di pihak Defendan dan menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos.
Prinsip Mahkamah dalam mendengar rayuan
[7] Dalam hal rayuan, saya menyedari bahawa prinsip asas adalah sebagai mahkamah yang mendengar rayuan, mahkamah ini hendaklah perlahan dalam mengganggu dapatan HMS melainkan beliau jelas salah (plainly wrong), tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan (insufficient judicial appreciation of evidence), bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tersalah arah (misdirected) mengenai fakta atau undang-undang (lihat kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani Angasamy ; ; [1985] CLJ (Rep) 323 , Topaiwah v. Salleh ; , Mokhtarudin Abdullah & Anor v. Norizan Rosdi & 2 Ors ; dan Rasidin Partorjo v. Frederick Kiai ; [1976] 2 MLJ 214 ).
Tanggungjawab Plaintif Berkaitan Dengan Liabiliti
[8] Sebagai permulaan, adalah menjadi prinsip asas undang-undang yang mantap bahawa plaintif mestilah membuktikan kesnya sepertimana yang diputuskan dalam kes Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam ; [2016] 6 MLJ 663 , Ambank (M) Bhd v. Masri Abdul Rahman , Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 1 MLRA 448; [1996] 3 MLJ 627; [1996] 4 CLJ 1; [1996] 3 AMR 2984, The Carbon Company Sdn Bhd v. Ng Lee Hoon [2017] 3 MLRA 650; [2017] 4 MLJ 791; [2017] 6 CLJ 189.
[9] Berbalik kepada rayuan di hadapan saya ini, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan bahawa kemalangan berkenaan adalah berpunca daripada kecuaian Defendan.
Sama Ada Defendan Merupakan Punca Kemalangan
[10] Dalam rayuannya, Plaintif menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan motosikal Plaintif telah dilanggar dari belakang oleh Defendan yang menyebabkan Plaintif jatuh dan mengalami kecederaan yang teruk. Sebaliknya Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah terjatuh terlebih dahulu di hadapan Defendan yang menyebabkan Defendan tidak dapat mengelak dan seterusnya melanggar motorsikal Plaintif.
[11] Memandangkan Plaintif dan Defendan memberikan dua versi yang berlainan dalam kes ini, maka Mahkamah hendaklah memilih versi mana yang "more inherently probable" (lihat kes Tabarani Mohd Arsad & Anor v. Chan Tenn Yeu [1999] 1 MLRH 489; [1999] 3 CLJ 188; [1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v. Ariffi