2025 MarsdenLR 1700
MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG
PENDAKWA RAYA LWN. NAZARI JELANI
[Perbicaraan Jenayah No: JG-82D-9-05/2022]
The court affirmed that the statutory presumption under Section 37(k) of the Dangerous Drugs Act 1952 applies, and the prosecution must prove its case beyond a reasonable doubt using credible evidence.
Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 37(k) - Pendakwaan terhadap tertuduh menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid - Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dengan menggunakan anggapan s 37(k) - Tertuduh diperintahkan untuk membela diri berdasarkan keterangan pendakwaan yang kukuh. (Paras 1, 6, 19, 60)
(B) Prinsip Pembuktian - Untuk menggunakan anggapan di bawah s 37(k), pendakwaan perlu membuktikan kes prima facie dan kesahihan ujian air kencing - Keterangan saksi tidak material apabila tidak dapat meragukan kredibiliti pendakwaan. (Paras 7, 12, 40) Fakta Kes: Tertuduh dituduh menggunakan dadah pada 2 April 2022, dan ujian air kencing menunjukkan keputusan positif ketagihan. Tertuduh mengaku memasukkan dadah namun mempertikaikan prosedur pengambilan sampel air kencing. (Paras 1, 49) Penilaian Mahkamah: Kreditibiliti saksi tidak diragukan; keterangan kunci pendakwaan mematuhi semua prosedur undang-undang. (Paras 12, 60) Isu: Kreditibiliti saksi, kepatuhan prosedur pengambilan urin, dan penggunaan anggapan di bawah s 37(k) Akta Dadah Berbahaya.
Ratio Decidendi: Mahkamah menilai bahawa walaupun terdapat percanggahan dalam keterangan, tiada bukti yang mencukupi untuk meragukan keputusan ujian air kencing dan anggapan di bawah s 37(k) boleh digunakan.
Result: Tertuduh didapati salah dan dijatuhi hukuman 7 hari penjara dan denda RM3,500.
| Table of Content |
|---|
| 1. accusation and evidence of drug use (Para 1 , 2 , 6) |
| 2. key legal provisions regarding drug use (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. prosecution's burden of proof regarding urine samples (Para 7 , 8 , 14) |
| 4. discrepancies in witness testimony and their implications (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13) |
| 5. importance of compliance with legal procedures (Para 15 , 19 , 20) |
| 6. defendant's burden in rebutting presumption (Para 36 , 40 , 48) |
| 7. final judgment and sentencing considerations (Para 51 , 52 , 60) |
Pengenalan
[1] OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Kluang di bawah s 15(1)(a) ADB 1952 dengan pertuduhan yang berikut:
"Bahawa kamu pada 2 April 2022 jam lebih kurang 1.30 petang, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, dalam daerah Kluang, dalam Negeri Johor telah menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam badan kamu sendiri. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah s 15(1) dibaca bersama s 38B Akta yang sama."
[2] OKT tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi berikut:
SP 1 - Fadhilah Nabiha Binti Azhar
SP 2 - Nor Aida Binti Abd Hamid
SP 3 - Sjn Anas Bin Hamat
SP 4 - L/Kpl Muhammad Akmal Bin Mohd Yahya
SP 5 - Insp Arasu A/L Sanmugam
SP 6 - D/L/Kpl Mohamad Bin Mohd Deroh
SP 7 - Insp Nur Fatin Adibah Binti Fauzi
Peruntukan Undang-Undang
[3] Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:
(1) Mana-mana orang yang:
(a) mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan s 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau
(b) ...
adalah bersalah atas satu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.
(2) Bagi maksud seksyen ini, "mengguna" termasuk makan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan itu ke dalam badan dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat.
[4] Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan:
Seksyen 37. Anggapan.
Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya:
(k) jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah s 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya.
[5] Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan:
Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.
(1) Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini:
(a) yang mempunyai sesuatu sifat; atau
(b) yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan,
yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaa