2025 MarsdenLR 846
MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT
PENDAKWA RAYA LWN. ABD AZIZ ABD SHUKUR @ ABDULLAH
[Kes Jenayah Nombor: JC-83-123-03/2025]
The court recognized that first offenders may receive leniency when considering mitigation factors, emphasizing the importance of not treating first offenses with undue harshness.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 427 - Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 294 - Tertuduh bertindak melakukan khianat menyebabkan kerugian berjumlah RM1,400.00; mengaku bersalah dan menerima fakta kes. (Para 1-4)
(B) Pengakuan bersalah sebagai tidak automatik mengurangkan hukuman tetapi mesti diambil kira dalam penentuan hukuman (Para 34)
(C) Budi bicara Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman; penekanan terhadap faktor pesalah pertama, keadaan kesalahan, dan kepentingan awam dalam membuat keputusan. (Para 9, 29-30)
(D) Perintah bon berkelakuan baik dibenarkan dengan jaminan RM1,500.00 selama 2 tahun selepas mempertimbangkan semua faktor mitigasi dan kepentingan awam. (Paras 49-50)
| Table of Content |
|---|
| 1. details of the charges and pleas. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. arguments for mitigation and public interest. (Para 5 , 6 , 7 , 8) |
| 3. court's observations regarding discretion and precedents. (Para 9 , 11 , 12 , 13 , 16 , 18 , 19 , 23 , 26 , 29) |
| 4. ratio decidendi regarding sentencing criteria. (Para 10 , 14 , 15 , 17 , 20 , 21 , 22 , 24 , 25 , 27 , 28 , 34) |
| 5. final conclusions on the ruling and implications. (Para 38 , 39 , 44 , 46 , 49) |
[1] Tertuduh dalam kes ini dituduh di Mahkamah ini pada 27 Mac 2025 di atas satu pertuduhan di bawah s 427 Kanun Keseksaan seperti berikut:
PERTUDUHAN:
"Bahawa kamu pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 12.05 tengah hari bertempat di Jalan Emas, 83000 dalam Daerah Batu Pahat, dalam Negeri Johor, telah didapati melakukan khianat menyebabkan kerugian berjumlah RM1,400.00, iaitu dengan sengaja menendang bahagian pintu M/Kar Muhammad Iqbal Bin Nordin No KPT: XXXXXX-XX-XXXX sehingga berlaku kerosakan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 427 Kanun Keseksaan .
Hukuman - Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."
[2] Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada Tertuduh dan diterangkan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap Pertuduhan tersebut. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah, terutama mengenai hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang.
[3] Seterusnya, fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P1. Setelah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh, Tertuduh mengaku benar fakta kes tersebut. Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:
"Pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 12.05 tengah hari, semasa Pengadu memandu M/Kar di Jalan Taman Emas, Batu Pahat, Johor telah mengelak daripada sebuah M/Kar yang membelok secara mengejut dan hampir bertembung dengan M/Sikal Tertuduh. Tertuduh berasa tidak puas hati telah mengejar M/Kar milik Pengadu dan telah berlaku perselisihan faham. Tertuduh kemudian bertindak menendang M/Kar milik Pengadu sebanyak dua kali sehingga kemik pada bahagian pintu M/Kar. Pengadu hadir ke Balai Polis buat laporan.
Pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 11.45 malam tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis ke atas Tertuduh di Jalan Suasa 83000 Batu Pahat, Johor.
Hasil siasatan mendapati Tertuduh telah melakukan khianat terhadap M/Kar milik Pengadu dengan cara menendang pada bahagian pintu M/Kar Pengadu yang mana nilai kerugian sebanyak RM1,400.00.
Dengan ini, Tertuduh telah melakukan khianat terhadap harta milik Pengadu dengan cara menendang sebanyak dua kali pada pintu M/Kar Pengadu sehingga kemik."
[4] Tertuduh juga telah mengakui benar kesemua eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah Tertuduh diterima dan Tertuduh didapati bersalah atas 1 kesalahan di bawah s 427 Kanun Keseksaan .
[5] Dalam rayuan mitigasinya, Tertuduh melalui Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (selepas ini dirujuk sebagai ("YBGK")) berhujah bahawa Tertuduh berusia 37 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak masing-masing berusia 7 tahun dan 5 tahun. Tertuduh bekerja sebagai pemandu lori dan isteri bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM50.00 sehari. Tertuduh juga menanggung ibu Tertuduh.
[6] Peguam YBGK berhujah bahawa fakta kes menunjukkan bahawa perbuatan Tertuduh adalah akibat perselisihan faham dan peguam menambah bahawa semasa kejadian, Tertuduh sedang membawa anak berusia 5 tahun bersamanya semasa menunggang motorsikal dan kereta Pengadu telah menghimpit motorsikal Tertuduh. Selepas itu, telah wujud perselisihan faham antara mereka. Tertuduh telah bertindak balas atas trauma sekiranya apa-a