SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 3224

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
KUMMAR MANIKAM LWN. LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO 1) PEJABAT KETUA PEN....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: MA-25-4-06/2020]



Petitioner Advocates:Ebrina Zubir ,Respondent Advocate: Norafiah Saini

Disciplinary proceedings must adhere to principles of natural justice, including the right to be heard and provided with relevant documents to ensure procedural fairness.

Headnote:(A) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 - Peraturan 4(2)(g) dan 37 - Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon terhadap keputusan membuang kerja oleh Lembaga Tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan - Pemohon dituduh tidak hadir kerja selama 73 hari tanpa cuti - Pemohon beralasan menghadapi masalah kesihatan dan telah memohon cuti tanpa gaji tetapi ditolak - Penilaian tidak adil dalam proses tatatertib dan pelanggaran prinsip keadilan asasi dikesan, termasuk kegagalan memberi peluang untuk membalas pengataan dan kegagalan membekalkan dokumen yang dirujuk dalam surat tunjuk sebab - Mahkamah memutuskan keputusan Lembaga Tatatertib adalah tidak sah dan tidak adil. (Paras 51-53)

(B) Keadilan Prosedur - Mahkamah mesti memastikan bahawa proses pengambilan keputusan di kalangan pemohon adalah adil dan tidak melanggar prinsip keadilan asasi, termasuk memberi hak mendengar dan peluang untuk menjawab pertuduhan. (Paras 51-53)

Table of Content
1. judicial review application background. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. grounds for judicial review application. (Para 7 , 8)
3. judicial review scope and legal precedent. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
4. procedural fairness and right to respond. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20)
5. impact of denial of rights on proceedings. (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25)
6. legal duty to provide essential documents. (Para 26 , 27 , 28 , 29 , 30)
7. need for reasoned decisions in administrative law. (Para 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37)
8. mitigation rights in disciplinary actions. (Para 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44)
9. conclusion on procedural flaws and judgment. (Para 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50)
10. final decision granting relief. (Para 51 , 52)
Mohd Radzi Abdul Hamid H:

A. Pengenalan

[1] Ini adalah keputusan Mahkamah terhadap satu permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon di dalam kandungan 18 ('Permohonan') di mana Pemohon memohon relif berikut:

(a) Melalui perintah certiorari mengenepikan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No 1), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan ('Lembaga Tatatertib') bertarikh 15 November 2010 untuk membuang kerja Pemohon berkuatkuasa 1 Januari 2011 serta terhadap keputusan muktamad oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia ('Lembaga Rayuan') pada 6 Januari 2020 yang mengekalkan keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon; dan

(b) melalui perintah mandamus untuk mengembalikan Pemohon semula ke jawatan terakhirnya tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan Iain-lain manfaat serta faedah termasuk faedah persaraan.

B. Latar Belakang Fakta

[2] Pada masa yang releven, Pemohon memegang jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. Pemohon telah dilantik dalam perkhidmatan awam bermula 18 Julai 1979.

[3] Melalui Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21 April 2010 dari Pejabat Pengerusi Lembaga Tatatertib, Pemohon telah dimaklumkan bahawa terdapat aduan pelanggaran kesalahan tatatertib terhadap Pemohon kerana tidak hadir kerja untuk tempoh 73 hari tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munsabah. Perbuatan ketidakhadiran bertugas itu telah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 ('Peraturan-Peraturan') dan membolehkan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan Peraturan dijatuhkan terhadapnya Pemohon.

[4] Susulan daripada surat itu, Pemohon telah memasukkan satu representasi secara bertulis pada 11 Mei 2020 ('Representasi') untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan. Dalam Representasi itu, Pemohon telah menyatakan bahawa, antara lainya:

(i) beliau menghadap penyakit medis kencing manis dan juga penyakit bukan medis;

(ii) keadaan kesihatannya member! kesan kepada kesihatan mental dan emosinya;

(iii) beliau telah mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan dan klinik swasta;

(iv) keluarga beliau ada menyerahkan dokumen cuti sakit kepada Pejabat Mahkamah Alor Gajah;

(v) pegawai Mahkamah Alor Gajah mempunyai pengetahuan tentang keadaan kesihatannya;

(vi) beliau telah memohon untuk cuti sakit tanpa gaji tetapi permohonannya telah ditolak;

(vii) beliau tidak menerima apa-apa surat teguran dari Ketua Jabatannya;

(viii) beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dan pernah dipilih sebagai 'Pekerja Terbaik';

(ix) beliau tidak pernah terlibat tindakan tatatertib bahkan pernah menerima anugerah pingat PBM dan PJK; dan

(x) beliau mempunyai tanggungan isteri dan 4 orang anak yang masih belajar.

[5] Melalui surat bertarikh 14 Disember 2010, Lembaga Tatatertib telah memutuskan bahawa Pemohon didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan setelah menimbang pertuduhan dan Representasi Pemohon.

[6] Berikutan dari keputusan itu, Pemohon telah merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top