MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
HAVANA CLUB CONCEPT (M) SDN BHD LWN. AMPANG HOTEL SDN BHD
[Guaman No: WA-A52NCvC-414-05/2024]
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's claim for unpaid rent (Para 1 , 2 , 4 , 5 , 6 , 7 , 9 , 10 , 11 , 15 , 16) |
| 2. defendant's failure to provide sufficient defense (Para 3 , 18 , 19 , 27) |
| 3. court's reasoning on evidence and defense sufficiency (Para 17 , 22 , 23 , 26 , 28) |
| 4. principles of responding to legal demands (Para 20 , 21 , 24) |
Permohonan Plaintif Di Bawah Aturan 14 KKM 2012
[1] Ini adalah permohonan pihak Plaintif selaras dengan A 14 k 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini untuk penghakiman terus untuk suatu penghakiman bahawa Defendan membayar kepada Plaintif sejumlah RM354,093.76 yang terdiri daripada sewa bulanan tertunggak dan caj lain yang perlu dibayar berhubung dengan penyewaan premis yang dikenali sebagai Unit G1.0 yang terletak di Tingkat Bawah Wisma Concorde dan Concorde Hotel dan faedah ke atas amaun yang dinyatakan di atas pada kadar 12% setahun.
Analisa Dan Keputusan
[2] Tuntutan Plaintif adalah satu tuntutan yang mudah dan jelas untuk jumlah baki tertunggak sebanyak RM354,093.76 yang merupakan tunggakan sewa dan utiliti seperti yang dapat dilihat dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
[3] Permohonan Plaintif berdasarkan fakta bahawa Defendan telah gagal menunjukkan sebarang pembelaan, dan oleh itu, tiada isu yang boleh dibicarakan.
Fakta-Fakta Penting
[4] Melalui Perjanjian Sewaan bertarikh 20 Oktober 2010 yang dimeterai antara Plaintif di satu pihak dan Defendan di bawah nama sebelumnya, Habanos Club Sdn Bhd, di pihak yang lain, Plaintif telah menyewakan premis yang dikenali sebagai Unit G1.0 yang terletak di Tingkat Bawah bangunan Wisma Concorde/Concorde Hotel ("Premis") kepada Defendan untuk tempoh dua (2) tahun ("Tempoh Permulaan") berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
[5] Setelah tamat Tempoh Permulaan, pihak-pihak telah bersetuju untuk memperbaharui Sewaan dari 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2014, kemudian dari 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016, dan seterusnya untuk tempoh dua tahun berturut-turut sehingga 30 Jun 2022.
[6] Seperti yang dipersetujui antara pihak-pihak, hanya kadar sewa yang diselaraskan dan semua terma serta syarat lain kekal seperti dalam Perjanjian Sewaan bertarikh 20 Oktober 2010.
[7] Bagaimanapun, Defendan telah tertunggak dalam bayaran sewa dan jumlah lain yang perlu dibayar di bawah sewaan, menyebabkan Plaintif melalui peguamnya mengeluarkan surat tuntutan pertama kepada Defendan ("Surat Tuntutan Pertama").
[8] Selanjutnya, mengikut Klausa 7.01 dalam Perjanjian Sewaan dinyatakan bahawa: "Tuan tanah akan mengenakan faedah pada kadar dua belas peratus (12%) setahun bagi kelewatan pembayaran semua wang yang perlu dibayar dibawah Perjanjian ini.".
[9] Selepas pengeluaran Surat Tuntutan Pertama, atas permintaan Defendan, Plaintif telah melanjutkan tempoh Sewaan sehingga 31 Disember 2022 dengan syarat nyata bahawa Defendan hendaklah menjelaskan tunggakan sewa kepada Plaintif dan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian yang diperlukan di Premis.
[10] Defendan kemudiannya membuat bayaran terhadap sewa tertunggak tetapi gagal menyelesaikan jumlah penuh yang terhutang. Defendan juga enggan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian yang diperlukan di Premis. Sementara itu, tunggakan sewa dan jumlah lain terus meningkat.
[11] Satu lagi surat tuntutan bertarikh 2 Disember 2022 ("Surat Tuntutan Kedua") telah dikeluarkan kepada Defendan, meminta pembayaran semua baki tertunggak dalam tempoh tujuh (7) hari, dengan kenyataan bahawa sewaan tidak akan dilanjutkan lagi, serta menuntut pemulangan pemilikan kosong premis selewat-lewatnya pada 1 Februari 2023.
[12] Peguam Plaintif mengeluarkan surat tuntutan ketiga ("Surat Tuntutan Ketiga") pada 13 Mac 2023.
[13] Defendan kemudian memohon agar tarikh pemilikan kosong dilanjutkan sehingga 30 April 2023, dan Plaintif bersetuju atas dasar ihsan dengan syarat bahawa semua kerja pemulihan dan kerja-kerja lain yang diperlukan hendaklah dilakukan oleh Defendan selaras dengan terma sewaan melalui surat
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v. Filotek Trading Sdn Bhd
Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail Ali Johor & Ors
JEC Designabuild Sdn Bhd v. Bunga Kembang Sdn Bhd
Victor Buyck Steel Construction Sdn Bhd v. PI Corrosion Engineering Sdn Bhd
KKRMC Trading Sdn Bhd v. Richallenge Corporation Sdn Bhd & Anor
Desa Mas Enterprise v. Chantika Plantation Sdn Bhd
Sykt Pakar Kayu & Perdagangan Sdn Bhd v. MAA-SK Sdn Bhd
Jetara Sdn Bhd v. Maju Holdings Sdn Bhd
Lau Sim Guan v. Hoe Chin Wei (Encl 7)
Enco Systems Sdn Bhd v. Soon Hin Hardware Sdn Bhd
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.