SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4527

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PATRINA SIM PEI BOON LWN. NIU AH ENG @ NIU AH ANG (LAMP 11)
[Saman Pemula No: WA-31NCvC-689-02/2024]



Important Points

The court established that when multiple beneficiaries exist, appointing co-administrators enhances efficient estate management, ensuring all interests are duly represented and considered.

Subject

Probate and Administration - Appointment of Administrators

Act Referred

Akta Probet dan Pentadbiran 1959: S.30, S.4(1)
Kaedah-kaedah Mahkamah 2012: S.71, S.22

Headnote

(A) Akta Probet dan Pentadbiran, 1959 - Seksyen 30 - Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 71 Kaedah 22 - Permohonan untuk kebenaran mencelah bagi pelantikan Pentadbir Bersama bagi harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh Si Mati setelah hujah-hujah diketengahkan oleh Pemohon dan Pencelah. (Paras 3-31)

(B) Pelantikan Pentadbir - Mahkamah mengutamakan kepentingan semua pihak yang berhak terhadap harta pusaka. Mahkamah juga berhak untuk melantik lebih dari seorang Pentadbir bagi menguruskan harta pusaka jika perlu. Konsep kerjasama antara Pentadbir juga ditekankan. (Paras 20-30)

(C) Hak dan tanggungjawab Pentadbir - Pentadbir wajib melindungi hak dan kepentingan benefisiari dan bertindak dengan berhati-hati ketika menguruskan harta pusaka. (Paras 19-19)

Facts of the case:
Pemohon memohon Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Si Mati yang telah meninggal dunia, di mana Pencelah mencadangkan untuk menjadi Pentadbir Bersama selepas mendakwa hubungan yang lemah antara Pemohon dan Si Mati. (Paras 3-10)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pelantikan Pencelah sebagai Pentadbir Bersama adalah perlu untuk memastikan pengurusan harta pusaka dilakukan secara efisien dan adil, memandangkan penglibatan Pencelah dan maklumatnya mengenai aset yang diperlukan. (Paras 20-27)

Issues: Pertikaian antara Pemohon dan Pencelah berkenaan pelantikan Pentadbir bagi harta pusaka serta konflik kepentingan yang mungkin wujud dan kesesuaian pemohon sebagai Pentadbir. (Paras 12-14)

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang pada prinsip bahawa apabila ada pelbagai waris yang berhak, semua kepentingan mereka perlu diambil kira dengan wajar, dan pelantikan Pentadbir Bersama adalah langkah yang lebih sesuai dan berkepentingan demi pengurusan yang efisien. (Paras 20-30)

Result: Lampiran 11 dibenarkan, Pemohon dan Pencelah dilantik sebagai Pentadbir Bersama bagi mentadbir harta pusaka Si Mati.
Table of Content
1. permission for intervention granted. (Para 1 , 2)
2. details of the deceased's estate and heirs. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12)
3. arguments against and for the intervention request. (Para 13 , 14 , 15)
4. legal provisions governing estate administration. (Para 16 , 17 , 18 , 19)
5. court's rationale for joint administrators. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26)
6. best interests of beneficiaries in administration. (Para 27 , 28 , 29)
7. decision on co-administration of estate. (Para 30)
Suzana Muhamad Said PK:

(Lampiran 11)

Pengenalan

[1] Ini ialah permohonan untuk kebenaran mencelah yang difailkan oleh Pencelah (Lampiran 11).

[2] Mahkamah ini telah membenarkan Lampiran 11 dan berikut alasan atas keputusan tersebut.

Fakta Ringkas

[3] Pemohon memfailkan Saman Pemula ex-parte untuk satu perintah bahawa Surat Kuasa Mentadbir diberikan kepada Pemohon sebagai pentadbir bagi harta pusaka Sim Thiam Hock (Si Mati). Pemohon merupakan anak perempuan Si Mati manakala Pencelah ialah ibu kepada Si Mati.

[4] Si-mati telah meninggal dunia pada 16 July 2023 dan meninggalkan waris-waris kadim seperti berikut:

[5] Isteri dan anak-anak Si Mati yang lain, telah memfailkan Penolakan bagi menolak hak mereka untuk mentadbir harta pusaka Si-mati menurut A 71 k 31, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).

[6] Tiada Penolakan yang difailkan oleh Sim Kim Swee, bapa Si-mati dan Pencelah.

[7] Pencelah telah memfailkan Lampiran 11 untuk perintah seperti berikut:

1. Niu Ah Eng @ Niu Ah Ang (No. K/P: 411129-01-5104) yang merupakan ibu kepada Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) adalah diberikan kebenaran untuk mencelah dan/atau menjadi Pencelah dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) oleh Pemohon yang dinamakan di atas.

2. Niu Ah Eng @ Niu Ah Ang (No. K/P: 411129-01-5104) yang merupakan ibu kepada Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) adalah dilantik sebagai Pentadbir Bersama dengan Pemohon yang dinamakan di atas untuk mentadbir harta pusaka Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)).

3. Niu Ah Eng @ Niu Ah Ang (No. K/P: 411129-01-5104) yang merupakan ibu kepada Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) adalah dibenarkan untuk menambahkan liabiliti seperti yang berikut ke dalam Senarai Aset dan Liabiliti Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)):-

3.1. Kos pengebumian Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) yang berjumlah RM 99,578.00.

3.2. Pinjaman kewangan oleh Sim Thiam Hock, si mati (No. K/P: 580611-10-6001 (5572901)) daripada Niu Ah Eng @ Niu Ah Ang (No. K/P:411129-01-5104) dan/atau Sim Ming Yong (No. K/P: 651124-10-5736) yang berjumlah RM 30,000.00.

3.3. Liabiliti-liabiliti yang lain (sekiranya ada).

[8] Pencelah menyatakan bahawa pada sekitar tahun 2004, Si Mati telah berpisah dengan isterinya, Chan Sup Mooi (Isteri) dan Si Mati memaklumkan kepada Pencelah, ayah dan adik beradik Si Mati serta kawan-kawan Si Mati bahawa Si Mati dan Isteri telah bercerai tetapi ini dinafikan Pemohon.

[9] Sejak daripada itu, Pencelah tidak pernah berjumpa dengan Isteri dan anak-anak Si Mati tersebut (termasuklah Pemohon) dan Isteri dan anak-anak Si Mati tidak berhubung dengan Si Mati sehinggalah Si Mati meninggal dunia.

[10] Pencelah seterusnya menyatakan bahawa upacara pengebumian Si Mati telah dilaksanakan oleh Pencelah dan ahli-ahli keluarga Si Mati yang lain (iaitu bapa dan adik beradik) dan kos-kos pengebumian serta kos-kos sampingan telah ditanggung oleh Pencelah dan adik beradik Si Mati.

[11] Pencelah turut menyatakan pada sekitar 1 October 2023, Pencelah dan bapa serta beberapa orang adik beradik Si Mati telah menghadiri satu perjumpaan makan malam dengan Isteri dan anak-anak Si Mati (termasuk Pemohon) (Perjumpaan Makan Malam).

[12] Menurut Pencelah, perkara-perkara yang selanjutnya telah berlaku semasa Perjumpaan Makan Malam tersebut adalah seperti berikut:

1

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top